suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Ha Neul Kembali Berlakon Selepas 4 Tahun Menyepi

Kim Ha Neul bakal muncul dalam filem Remember You selepas empat tahun menyepi daripada bidang lakonan.
PELAKON Kim Ha Neul mengumumkan bakal muncul dalam filem Remember You yang juga naskhah pertamanya selepas empat tahun menyepi.

Korea Herald melaporkan Ha Neul tertarik dengan skrip dan jalan cerita karya berkenaan selain teruja bakal bergandingan dengan Jung Woo Sung dalam filem komedi romantik itu.

Bagaimanapun Ha Neul berkata ia bukan sebuah filem mudah sebaliknya ia berbeza daripada apa yang pernah dilakonkan sebelum ini.

"Peranan saya dalam filem ini sebenarnya agak rumit meskipun genre dikentengahkan adalah komedi.

"Suka untuk saya gambarkan watak Jin Yeong dalam satu perkataan namun ia adalah cabaran untuk saya selepas sekian lama tidak muncul dalam naskah baru," katanya.
Kim Ha Neul, Remember You

Artikel Lain