suria

James Bond Raih Box Office Tidak Sampai 2 Minggu

TIDAK sampai dua minggu, filem James Bond: Spectre meraih perhatian masyarakat Amerika Syarikat apabila ia berjaya meraih kutipan USD73 juta menerusi 3,972 panggung wayang.

Karya arahan Sam Mendes sekali gus menjadi filem kedua James Bond yang mendapat kutipan tertinggi selepas Skyfall (2012) yang mendapat USD88.4 juta, diikuti Quantum Of Solace iaitu USD67.5 juta pada tahun 2008.

Di England pula, filem yang dibintangi Daniel Craig turut mencatat rekod box office sebanyak 41.7 pound.

Ternyata kritikan daripada pengkritik filem yang menganggap Spectre terlalu meleret-leret tidak menghalang peminat-peminat James Bond menyaksikan karya berkenaan.

Spectre mengisahkan misi James Bond menghadapi organisasi jahat bernama Spectre.

James bond

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain