Hina Kaum Papua, Cita Citata Ziarah Untuk Minta Maaf - Bintang Global | mStar

Hina Kaum Papua, Cita Citata Ziarah Untuk Minta Maaf

PENYANYI dangdut Indonesia Cita Citata mengakui ada bertemu sekali lagi dengan Dewan Adat Papua Mandiri pada minggu lalu.

Katanya, tujuan pertemuan tersebut diadakan bukan berkenaan kes penghinaan puak itu, sebaliknya bagi mengeratkan silaturahim.

“Kes tersebut berkait dengan banyak pihak, jadi saya datang untuk eratkan silaturahim. Semoga kehadiran saya dapat jernihkan keadan dan diterima baik masyarakat kaum ini,” ujarnya seperti dipetik DetikHot.com.

Terdahulu pada Februari lalu, penyanyi dangdut tersebut telah memakai pakaian adat Papua dalam satu persembahan.

Ketika ditanya oleh wartawan tentang wajahnya yang tidak disolek seperti kaum tersebut, wanita itu berkata dia harus tampil cantik tidak seperti orang Papua.

Perkara tersebut menimbulkan kemarahan kaum tersebut yang turut mengambil tindakan undang-undang terhadap penyanyi itu.

Selain itu, Cita berkata, kes tersebut masih berjalan dan dia tidak memaksa kaum tersebut untuk menarik balik kes itu.

“Saya sekali lagi meminta maaf kepada warga Papua. Saya ingin bertemu dengan beberapa pihak bagi meminta maaf secara langsung.

"Saya akan lebih berhati-hati dan perbaiki diri," ujarnya.

Cita Citata

Artikel Sebelum

Seohyun Berlakon Filem China Pula

Artikel Berikut

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?