suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sam Smith Mahu Anak, Teringin Kehidupan Normal

Sam Smith

SUKSES dalam karier muzik, Sam Smith boleh dikira antara penyanyi terkaya di Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, menurut laporan Female First, Sam berkata, walaupun sudah memiliki segala-galanya, dia masih lagi berasa ada kekurangan dalam diri.

"Oh Tuhan, saya teringin mempunyai seorang anak. Saya juga mahu melalui kehidupan yang normal seperti masyarakat di luar sana yang bebas melakukan apa sahaja.

"Saya mahu masak, mahu bercinta, mahu menjadi remaja yang melakukan kesalahan hidup dan meluangkan banyak masa bersama keluarga.

"Menjadi penyanyi, perkara itu semuanya cukup terbatas," katanya.

Dalam perkembangan lain, Sam kini muncul dengan lagu baharu berjudul Writing's On The Wall, lagu tema bagi filem James Bond, Spectre.

Sam Smith

Artikel Sebelum

Artikel Lain