suria

Beyonce Bakal Muncul Dalam Album Coldplay

Chris MArtin bersama Beyonce.

PENYANYI Beyonce bakal bekerjasama dengan rakannya, Chris Martin untuk album terbaharu Coldplay berjudul A Head Full Of Dreams.

Menurut laporan portal Newkerala, mereka belum mendedahkan lagu yang akan mereka ditampilkan bersama namun album ketujuh kumpulan rock Britain itu berkaitan dengan perpisahan vokalisnya Chris dengan isteri, Gwyneth Paltrow.

Album berkenaan akan memuatkan sebanyak 11 buah lagu dan dijangka akan berada di pasaran pada 4 Disember depan.

Selain itu, pemuzik terkenal Noel Gallagher, Tove Lo dan Merry Clayton turut akan ditampilkan dalam album tersebut.

Beyonce, Chris Martin

Artikel Lain