suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Justin Bieber Tidak Berhenti Cintai Selena Gomez

Justin akui masih cinta Selena biarpun sudah berpisah.
BIARPUN kisah cinta selebriti Justin Bieber dan Selena Gomez sudahpun berakhir agak lama, namun Justin membuat pendedahan bahawa dia masih belum melupakan bekas kekasihnya itu. 

Seperti dipetik Daily Mail, penyanyi berusia 21 tahun itu berkata, dia tidap pernah berhenti mencintai wanita tersebut biarpun kedua-dua mereka sudah memilih haluan masing-masing. 

"Ia memang perkara yang sangat sukar untuk aku lalui. Saya masih mencintainya dan ingin sentiasa melihat dia berjaya dalam apa juga yang dilakukannya. 

"Saya tidak pernah berhenti mencintainya dan saya tidak peduli sama ada dia tahu atau tidak hal ini. Terlalu banyak kenangan manis kami bersama yang tidak mampu dilupakan," ujarnya.
Justin Bieber

Artikel Lain