suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Big Bang Baharui Kontrak Kerana Terhutang Budi

KUMPULAN Big Bang pada Isnin memberi khabar gembira apabila mengumumkan akan memperbaharui kontrak dengan agensi pengurusan YG Entertainment.

Khabar tersebut dikatakan sudah diduga oleh peminat-peminatnya. Mereka beranggapan kumpulan tersebut terpaksa meneruskan kontrak bersama agensi itu berikutan rasa terhutang budi.

Segelintir netizen berkata, kumpulan itu terhutang budi selepas agensi tersebut berjaya menutup beberapa kes jenayah yang melibatkan anggota kumuplan itu.

Seperti yang diketahui, Daesung pernah terlibat dalam kemalangan dengan melanggar seorang penunggang motosikal. G-Dragon pula pernah tertangkap dalam kes penyalahgunaan dadah.

Manakala Seungri pernah terlibat dalam kes langgar lari.

"Mana lagi mereka dapat agensi yang boleh menyelamatkan mereka daripada pelbagai kes, YG adalah agensi yang mempunyai hubungan rapat dengan orang kuat negara.

"Tiada agensi lain yang boleh menguruskan Big Bang, mereka adalah pemuzik yang mempunyai masalah jenayah yang banyak," ujar netizen.
Big Bang

Artikel Lain