suria

Telefon Bimbit Hilang, Lee Yoo-bi Dituntut Wang RM75,923

Lee Yoo-bi

BARU-BARU ini seseorang telah menuntut wang untuk menebus telefon bimbit daripada Lee Yoo-bi  sebanyak RM75,923 ($27 juta won) bagi mendapatkan semula telefon bimbitnya yang hilang ketika berada di sebuah kelab malam di Gangnam pada 17 Oktober lalu.

Perkara itu telah disahkan oleh agensi aktres berusia 25 tahun itu iaitu SidusHQ.

Selain meminta wang tebusan, individu terbabit turut mengugut mahu menyebarkan foto-foto dan kandungan dalam telefon itu sekiranya tidak memberi wang yang diminta.

Difahamkan, Yoo-bi telah menghantar mesej kepada nombor telefonnya lima hari selepas gagal menjumpai gajet berkenaan.

Ugutan tersebut membuatkan Yoo-bi bertindak membuat laporan polis.

Lee Yoo-bi

Artikel Lain