suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Park Seo Joon Beri Hadiah Seluar Dalam Kepada Siwon

Park Seo Joon (kiri) menghadiahkan empat helai seluar dalam kepada rakan baiknya, Siwon.

PELAKON Park Seo Joon menghadiahkan empat helai seluar dalam berwarna biru kepada sahabat baiknya iaitu Siwon yang juga anggota kumpulan Super Junior.

Allkpop melaporkan Seo Joon turut memuat naik gambar pakaian dalam itu ke laman Instagram miliknya dan ia ditujukan kepada Siwon.

"Berapa helai yang kamu perlukan Kim (Siwon)? Ini adalah hadiah saya kepada kamu," katanya seperti ditulis pada kapsyen gambar tersebut.

Siwon yang merasakan hadiah berkenaan lucu turut membalas usikan teman baiknya itu dengan mengucapkan terima kasih atas hadiah tersebut.

"Hadiah yang sungguh berharga, terima kasih. Berikan kesemuanya kepada saya," katanya.

Keakraban Siwon dan Seo Joon bukan lagi rahsia kerana mereka sering dilihat berkongsi gambar bersama di laman sosial Instagram masing-masing.

Malah Siwon turut memuat naik sekeping gambar yang diambil daripada salah satu babak lakonan Seo Joon yang sedang memeluk Hwang Junh Eum namun menggantikan muka aktres itu dengan wajahnya sebagai membalas jenaka tersebut.

Park Seo Joon, Siwon

Artikel Lain