suria

Raul Lemos Bengang Instagram Kris Dayanti Digodam

Kris Dayanti dan Raul Lemos.

NASIB malang yang menimpa penyanyi Indonesia Kris Dayanti apabila akaun Instagram miliknya telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menurut laporan Kapanlagi, hampir semua foto-foto dalam akaun Indtagram penyanyi itu telah dipadamkan malah nama Kris ditukar beberapa kali kepada @Krisdayantilr, @awesome.shoot, @igforsaleeee hingga yang terakhir @me.00000000 .

Suaminya, Raul Lemos turut meluahkan rasa bengangnya di Instagram miliknya mengenai insiden berkenaan.

"Akaun Kris sudah digodam dan nama akaun tersebut kerap diubah-ubah. Awas! Hidup kamu tidak akan aman!" tegas Raul.

Ramai peminat Kris turut meluahkan rasa geram dan sakit hati dengan individu berkenaan yang dianggap sengaja mahu mendapatkan jumlah pengikut yang ramai dengan menggodam Instagram penyanyi itu.

Kris Dayanti

Artikel Lain