suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagu 'Hello' Nyanyian Adele Cecah 90 Juta Tontonan

NAMPAKNYA Adele kembali menjadi bualan dunia muzik saat ini apabila dia mengeluarkan single lagu baharu berjudul Hello selepas tiga tahun berehat.

Hello baru sahaja dilancarkan Jumaat lalu dan klip videonya berjaya mencecah lebih 90 juta tontonan di YouTube.

Adele sekali gus telah memecah rekod video yang paling banyak ditonton dalam masa sehari.

Sebelum ini Taylor Swift menerusi lagi Bas Blood menduduki carta tertinggi dengan meraih lebih 20 juta tontonan dalam tempoh masa seminggu.

Muzik yang berkonsep balada klasik itu ternyata dinanti-nantikan para peminat memandangkan Adele sudah lama berehat dalam dunia muzik.

Difahamkan Adele akan memecah rekod lagi dengan mendapat muat turun tertinggi berbanding penyanyi-penyanyi popular lain.

 

Adele

Artikel Lain