suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kendall Jenner Jual Barang Peribadi Bagi Tujuan Amal

Kendall Jenner menjual pakaian dan aksesori berjenama miliknya di eBay untuk tujuan amal.

MODEL Kendall Jenner dilaporkan telah menjual pakaian dan barangan aksesori miliknya di laman eBay bagi tujuan amal.

Daily Mail melaporkan Kendall, 19, akan mendermakan wang hasil jualan tersebut ke sebuah hospital kanak-kanak di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Adik kepada Kim Kardashian ini tersentuh melihat penderitaan kanak-kanak dengan pelbagai penyakit kronik dan ingin membantu dengan menjual barangan berharga miliknya.

"Ini bukan kali pertama Kendall menjual barangannya malah dia bersama kakak-kakaknya banyak kali membuat jualan seperti itu untuk mendapatkan dana bagi membantu golongan kurang bernasib baik," kata sumber terdekat model itu.

Kendall Jenner

Artikel Lain