suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Woo Bin Kembali Aktif Sebagai Model

Kim Woo Bin kembali ke pentas peragaan selepas meninggalkan dunia modeling sebelum ini.

PELAKON Kim Woo Bin kembali aktif sebagai model peragaan selepas muncul di pentas memperagakan koleksi pakaian terbaharu jenama Be Prepared minggu lalu.

Allkpop melaporkan kemunculan Woo Bin mendapat tepukan gemuruh daripada hadiran pada acara berkenaan selepas agak lama meninggalkan bidang itu sebelum ini.

Sebelum bergelar pelakon pelakon berusia 26 tahun memulakan kariernya sebagai model sebelum berjinak-jinak dalam bidang lakonan.

Tawaran yang banyak daripada produksi membuatkan Woo Bin mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia peragaan buat sementara waktu.

Kemuncak karier lakonan lelaki itu apabila dia muncul dalam drama bersiri The Heirs dan Twenty.

Teman lelaki kepada aktres Shin Min Ah itu juga bakal muncul dalam drama bersiri terbaharunya, Uncontrollably Fond.

Kim Woo Bin

Artikel Lain