suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Imej Park Shin Hye Dikritik Kerana Kelihatan Tua

PELAKON Park Shin Hye mencuri perhatian khalayak apabila muncul dengan gaya seksi di sebuah acara amal yang dianjurkan oleh W Korea baru-baru ini.

Park Shin Hye yang biasa tampil dengan rambut mengurai, kali ini mengikat rambutnya dan kelihatan cantik dengan mengayakan busana hitam menawan.

Pelakon yang digosipkan bercinta dengan Lee Jong Suk ini bagaimanapun dikritik oleh segelintir netizen apabila tampil dengan pakaian menonjolkan peha.

Ada juga netizen yang menganggap gaya ikat rambut menampakkan wajah wanita itu kelihatan lebih berusia.

"Dia cantik tapi pehanya kelihatan besar, wajahnya turut seperti lebih tua daripada usia sebenar. Dia tidak sesuai mengikat rambut seperti ekor kuda seperti itu," ujar netizen.

Artikel Lain