suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengikut Twitter Siwon Cecah Lima Juta Pengikut

Siwon kini menjadi artis kpop paling banyak pengikut di Twitter.

AKAUN Twitter milik ahli kumpulan Super Junior iaitu Siwon mencecah lima juta pengikut selepas drama bersiri terbaharu lakonannya berjudul She Was Pretty ditayangkan.

Allkpop melaporkan peningkatan itu turut menjadikan dia artis kpop pertama paling ramai pengikut di laman sosial itu.

Rata-rata peminat menyukai peranannya dalam drama tersebut dan mula menyokong kariernya dengan mengikuti akaun dia di Twitter.

Malah Siwon turut menyanyikan lagu tema drama bersiri berkenaan berjudul Only You dan turut mendapat sambutan hangat peminat.

Penyanyi itu menerusi Twitter turut melahirkan rasa terima kasih kepada peminat atas sokongan mereka terhadapnya.

Siwon, She Was Pretty.

Artikel Lain