suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angelina Jolie & Brad Pitt Cari Rumah Di London

Pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt
PASANGAN selebriti Angelina Jolie dan Brad Pitt dilaporkan sedang mencari kediaman baharu di London, United Kingdom.

Menurut laporan aceshowbiz.com, Jolie dan Pitt dikatakan pernah berminat pada sebuah kediaman bernilai RM164juta (AS$38juta) ketika kunjungan mereka pada Jun lalu.

Bagaimanapun pasangan itu belum membuat sebarang bayaran awal bagi jual beli kediaman tersebut.

"Mereka benar-benar mahu mencari rumah di sekitar London memandangkan Jolie mahu menjinakkan diri di bidang politik pula," kata sumber.

Difahamkan, Jolie dan Pitt tidak mahu tergesa-gesa membuat keputusan tersebut kerana risau jika perancangan yang dibuat tidak menjadi.

Sehingga kini, pasangan tersebut mempunyai sebuah kediaman di Perancis dan sedang mencari pembeli bagi rumah mereka di New Jersey.
Angelina Jolie, Brad Pitt

Artikel Lain