suria

Jade Ewen (Sugababes) Diisytihar Muflis

Jade Ewen diisytihar muflis.
BEKAS ahli kumpulan Sugababes, Jade Ewan diisytihar muflis selepas gagal menjelaskan bayaran cukai sejak beberapa tahun lalu.

Daily Mail melaporkan Jade yang menggantikan penyanyi, Keisha Buchanan dalam kumpulan itu pada September 2009 dipercayai mengalami masalah kewangan selepas Sugababes berehat pada 2012 untuk memulakan karier solo.

Bagaimanapun kumpulan itu yang popular sekitar awal tahun 2001 tidak pernah bergabung kembali sehingga ke hari ini.

Sebelum ini, seorang lagi ahli Sugababes iaitu Mutya Buena turut diisytihar muflis.

Beberapa lagi bintang pop di United Kingdom turut mengalami masalah sama termasuk Duncan James, Simon Webbe dan Anthony Costa dari kumpulan Blue.

Manakala Shane Filan (Westlife) turut muflis biarpun dilaporkan mempunyai kekayaan hasil daripada bersama kumpulan tersebut.

Sugababes, Jade Ewan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain