suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mariah Carey Sangkal Hamil Anak Kekasih

James dan Mariah berpacaran sejak Jun lalu.

PENYANYI terkenal Mariah Carey menyangkal laporan kononnya dia kini sedang hamil anak pertama bersama kekasihnya, James Packer.

Daily Mail melaporkan, Mariah, 45, menerusi jurucakapnya menyelar gosip berkenaan dan menjelaskan ia tidak benar.

"Mariah tidak mengandung seperti dilaporkan," kata jurucakapnya.

Mariah dan James yang juga seorang jutawan berasal dari Australia menjalinkan hubungan sejak Jun lalu dan pasangan berkenaan dilihat banyak menghabiskan masa bersama termasuk bercuti di Eropah.

Bagaimanapun secara teknikalnya, Mariah masih isteri kepada pengacara, Nick Cannon kerana perceraian mereka masih belum selesai.

Sepanjang enam tahun berkahwin, pasangan berkenaan dikurniakan sepasangan cahaya mata kembar iaitu Monroe dan Moroccan.

Artikel Lain