suria

Selina Jen Lebih Positif Selepas Badan Terbakar

Selina Jen

PASTI ramai yang masih mengingati kecelakaan menimpa anggota kumpulan S.H.E, Selina Jen yang menderita apabila hampir seluruh tubuhnya terbakar ketika menjalani penggambaran pada tahun 2010 lalu.

Bagaimanapun selepas lima tahun kejadian itu, Selina dilihat lebih sihat dan menurut laporan JPop Asia, penyanyi itu lebih positif dalam kehidupannya.

"Saya tidak kata bahawa kecelakaan yang berlaku pada saya sebelum ini sudah dilupakan 100 peratus.

"Tidak... Saya masih lagi merasakannya tetapi dalam konteks yang lebih positif. Saya tidak lagi bersedih dan berasa diri ini malang seperti sebelum ini," katanya.

Tambah Selina, dia mahu menjadi inspirasi kepada orang ramai supaya melihat masa depan secara positif tanpa perlu mengenang nasib buruk yang ditimpa.

Selina adalah bintang popular Taiwan.

Selina Jen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain