suria

Nick Jonas Sangkal Bercinta Dengan Adik Kim Kardashian

Kendall dan Nick hanya sekadar teman baik.

PENYANYI Nick Jonas menafikan dia kini sedang menjalinkan hubungan dengan adik kepada Kim Kardashian iaitu Kendall Jenner.

E Online melaporkan, hubungan akrab mereka sekadar sebagai teman baik dan ia tidak lebih daripada itu.

Kendall yang juga seorang model sebelum ini dilihat banyak menghabiskan masa bersama Nick selepas diperkenalkan oleh abang Nick, Joe Jonas dan Gigi Hadid.

Nick memberitahu dia kini sedang memberikan fokus kepada promosi single terbaharunya berjudul Levels.

Nick Jonas, Kendall Jenner.

Artikel Lain