suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sibuk Punca Yoona (Girls Generation) Berpisah

Lee Seung Gi dan Yoona berpisah kerana tidak dapat memberikan komitmen ekoran sibuk dengan kerjaya seni masing-masing.
KESIBUKAN terhadap kerjaya seni menjadi punca perpisahan dua selebriti terkenal Korea Selatan iaitu Lee Seung Gi dan Yoona dalam kumpulan Girls Generation.

The Korea Herald melaporkan perpisahan pasangan berkenaan disahkan sendiri oleh pihak pengurusan Yoona, SM Entertainment.

"Mereka berpisah kerana kesibukan terhadap kerjaya seni masing-masing. Bagaimanapun keputusan itu dibuat secara baik dan mereka masih kekal sebagai rakan," kata wakil agensi berkenaan.

Awal tahun ini, pasangan berkenaan mengesahkan desas-desus mengenai percintaan mereka dan mengakui sudah menjalinkan hubungan sejak Oktober 2013.

Bagaimanapun keretakan hubungan mereka mula dihidu peminat selepas Yoona dalam satu temubual memberitahu aktiviti bersama Girls Generation menjadi fokus utamanya dan bukan hal peribadi.

Yoona, Lee Seung Gi.

Artikel Lain