suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Filem Assassination Bebas Tuduhan Plagiat

Salah satu babak dalam filem Assassination

MAHKAMAH Seoul pada Selasa menolak permohonan pengarang novel Korean Memories iaitu Choi Jong Lim untuk menghentikan tayangan filem Assassination yang didakwa menciplak karya novel miliknya.

Mahkamah melalui surat kepada kepada pengarang tersebut memberitahu tiada bukti kuat yang boleh mendakwa filem tersebut meniru novel Korean Memories.

"Kami tidak melihat adanya kesamaan antara novel dan filem tersebut kerana itu tiada bukti kuat terhadap dakwaan Choi itu,"  ujar wakil pihak mahkamah.

Selain itu, pihak produksi filem Assassination memberitahu akan mengambil tindakan terhadap Choi kerana dianggap sebagai mempunyai niat tertentu untuk menjatuhkan reputasi produksi terbabit.

"Menuduh pihak produksi membuat plagiat atas dasar apa juga tentu sahaja mencemarkan nama baik kami dan menjejaskan reputasi kami sebagai produski kreatif.

"Jika ada dakwaan langgar hak cipta tanpa alasan atau palsu, kami tanpa ragu akan mengambil tindakan terhadap mereka," ujar wakil produksi.

Filem Assassination mengisahkan usaha ejen dan pembunuh upahan Korea yang bersatu menjatuhkan pemerintahan Jepun demi menuntut kemerdekaan.

Filem ini dibintangi oleh Jun Ji Hyun, Lee Jung Jae dan Ha Jung Woo.

Artikel Lain