suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat Sambut Ulang Tahun Mendiang RiSe (Ladies Code)

RiSe dan EunB terkorban dalam kemalangan maut September tahun lalu.

SETAHUN selepas peristiwa kemalangan maut yang menimpa kumpulan Ladies Code, peminat mengadakan hari memperingati mendiang RiSe dengan menyambut ulang tahun ke-24 penyanyi itu pada 16 Ogos lalu.

RiSe dan seorang lagi ahli kumpulan tersebut iaitu EunB terkorban dalam nahas yang berlaku pada 3 September tahun lalu.

Ucapan yang ditulis peminat membanjiri media sosial bagi memperingati wanita berkenaan dan rata-rata memberitahu tidak pernah melupakannya.

"Selamat ulang tahun RiSe, kami tidak akan melupakanmu," tulis salah seorang peminatnya.

Tidak hanya dikenali sebagai ahli kumpulan Ladies" Code, RiSe turut aktif menyertai beberapa pertandingan ratu cantik dan program realiti.

Kejadian menyayat hati itu berlaku akibat kecuaian pengurus yang memandu van dinaiki mereka selepas mengadakan persembahan dalam keadaan merbahaya sehingga menyebabkan kemalangan.

EunB meninggal dunia di tempat kejadian, manakala RiSe koma selama seminggu sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Sementara tiga ahli kumpulan lain mengalami cedera ringgan dan masih trauma selepas kehilangan dua sahabat mereka.

Kemalangan tersebut juga merupakan kejadian terburuk dalam sejarah industri hiburan Korea.

RiSe

Artikel Lain