suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terrence Stamp Nyaris Maut Dihempap Kuda

Terrence Stamp
AKTOR Terrence Stamp nyaris maut dalam satu kemalangan melibatkan seekor kuda di set penggambaran filem terbaharunya berjudul Bitter Harvers.

Seekor kuda yang digunakan dalam penggambaran filem tersebut tiba-tiba bertindak ganas dan hilang keseimbangan lalu jatuh di atas badan aktor berusia 77 tahun itu.

Kemalangan tersebut telah menyebabkan pelakon itu patah dua tulang rusuk.

"Kuda tersebut jatuh di pinggang dan dada saya. Kalau dia menghempap seluruh tubuh, saya pasti akan meninggal dunia kerana terlalu berat," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, dalam nada bergurau, aktor tersebut memberitahu, jika dia meninggal dunia pasti berita kematiannya akan menjadi tajuk muka depan akhbar.



Terrence Stamp

Artikel Lain