suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagu Nyanyian Salman Khan Dapat Pujian

Salman Khan melancarkan lagu terbaharunya berjudul Main Hoon Hero Tera sebagai lagu tema filem Hero.

LAGU terbaharu nyanyian pelakon terkenal Bollywood, Salman Khan berjudul Main Hoon Hero Tera mendapat sambutan hebat daripada peminat.

Menurut laporan New Kerala, muzik video lagu berkenaan mendapat tontonan sebanyak enam juta hanya dalam masa seminggu ia dilancarkan di Youtube.

Aktor berusia 49 tahun itu turut mendapat pujian di ruang komen berhubung suaranya yang lunak dan merdu selain muzik lagu berkenaan yang menyentuh hati.

"Salman mungkin bukan penyanyi profesional tetapi suaranya sangat merdu," kata salah seorang peminat.

Lagu berkenaan adalah sebagai lagu tema filem Hero lakonan Athiya Shetty dan Sooraj Pancholi yang akan berada di pawagam pada 11 September depan.

Artikel Lain