suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maia Estianty Tolak Jadi Wakil Rakyat

PENYANYI Indonesia Maia Estianty memberitahu tidak tertarik untuk menyertai dunia politik biarpun namanya sudah beberapa kali dicalonkan oleh parti Demokrat sebagai calon wakil rakyat Kota Surabaya.

Maia yang juga bekas isteri kepada Ahmad Dhani ini berkata, dia tidak gembira untuk bekerja dalam bidang tersebut.

"Saya tidak tahu nama saya dicalonkan di Surabaya, tetapi saya ada dengar di tempat lain tetapi bukan di Surabaya.

"Sebenarnya saya tidak tertarik untuk terjun ke bidang politik ini, saya juga tidak gembira bekerja berkaitan politik," ujarnya.

Maia berkata demikian ketika diminta mengulas bahawa namanya dicalonkan sebagai calon wakil rakyat di tempat kelahirannya Kota Surabaya.

Jelas Maia, ia bukan pertama kali namanya dicalonkan oleh parti tersebut kerana beberapa tahun lalu dia pernah dicalonkan di beberapa kawasan lain.

"Ini bukan pertama kali, lima tahun lalu juga dicalonkan untuk Surabaya dan Tongsel, namun saya menolaknya," ujarnya.

Maia Estianty

Artikel Lain