suria

Kim Jong Kook Dilaporkan Peroleh RM4.8 Juta Setiap Episod

BINTANG Kim Jong Kook dilaporkan memiliki pendapatan luar biasa menjadikan dia sebagai selebriti Korea Selatan terkaya buat masa ini.

Kim Jong Kook yang mencipta nama di China menerusi beberapa program menarik termasuklah Running Man.

Pelakon itu dikatakan cukup popular di China disebabkan penampilannya dengan badan berketak, maskulin selain menitikberatkan penjagaan kesihatan.

Malah sebuah syarikat pengurusannya di China turut mengatakan pelakon itu berada dalam kedudukan selesa dan sememangnya berjaya di negara berkenaan.

Malah spekulasi mula timbul mengatakan Kim Jong Kook memperoleh pendapatan kira-kira AS$300,000 (RM1.2 juta) bagi setiap episod.

Sumber berkata, dalam program kerjasama antara China dan Korea, Kim Jong Kook dibayar AS$1.2 juta (RM4.8 juta) bagi setiap episod.

Bagaimanapun jurucakap pelakon itu pula berkata spekulasi tersebar tidak benar sama sekali dan Kim Jong Kook kecewa dengan penyebaran maklumat berkenaan. – Koreaboo.com
Kom Jong Kook

Artikel Lain