suria

Woori Kongsi Kisah Temannya Makan Seperti Anjing

PENYANYI rap Rianbow iaitu Woori mendedahkan mengapa dia enggan makan bersama temannya bernama Amber.

Menerusi satu wawansaca dalam program masakan iaitu Wednesday Food Talk pada 12 Ogos, Woori berkata walaupun dia bersahabat dengan Amber namun kekecewaannya jelas terbayang di meja makan.

“Amber adalah kawan dari luar negara, jadi dia tidak makan nasi. Bila dia mahu mencuba makan nasi, dia akan masukkan segala benda dalam pinggan nasinya dan makan sepeti anjing. Sebab itulah saya tak mahu makan semeja dengannya,” kata Woori dalam rancangan itu.

Pengalaman penyanyi itu yang dikongsi ramai mendapat gelak ketawa daripada penotnon. – All Kpop
Amber f(x)

Artikel Sebelum

Artikel Lain