suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kekasih Beri Hadiah Ferrari Buat Kylie Jenner

NAMPAKNYA Kylie Jenner diulit rasa bahagia pada sambutan hari lahirnya ke 18 tahun yang diadakan di Los Angeles pada 10 Ogos lalu.

Menurut laporan Dailymail, Kylie menerima pelbagai hadiah daripada rakan-rakannya termasuklah seorang lelaki yang kini rapat dengannya iaitu penyanyi rap, Tyga.


Tyga telah menghadiahkan sebuah kereta mewah Ferrari 482 Italia berwarna putih yang bernilai RM1.3juta (AS$320,000).

Ketika Tyga menunjukkan hadiah tersebut kepada Kylie, adik Kim Kardashian itu terkejut dan wajahnya dilihat seperti tidak sangka akan menerima hadiah yang sangat bernilai itu.

Tetamu yang hadir pada majlis itu turut teruja dan mengambil kesempatan merakamkan momen tersebut.

Dalam pada itu, perubahan imej rambut Kylie turut mendapat perhatian pada malam itu.

Kylie Jenner

Artikel Lain