suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sungjae (BTOB) Diminta Henti Kongsi Foto Wajah Lucu

Sungjae

AHLI kumpulan BTOB, Sungjae memberitahu pernah menerima arahan daripada pengurusannya agar berhenti memuat naik foto-foto berwajah pelik dan lucu di laman sosial Twitter miliknya.

Bagaimanapun, Sungjae berkata, lama kelamaan syarikat pengurusannya tidak lagi memaksa dia untuk menghentikan perkara itu setelah mendapati ia mampu meningkatkan popularitinya.

"Pada awalnya mereka menyuruh saya untuk berhenti membuat gambar-gambar begitu. Pengurus saya juga sentiasa mengeluh meminta saya tidak berbuat perkara yang dianggap memalukan.

"Namun, apabila ramai peminat memberi respons yang baik dan gemar dengan gambar-gambar itu, mereka terus diam dan membenarkan saya terus berkongsi gambar tersebut," katanya.

Selain itu, Sungjae turut memberi tip untuk bergambar lucu dengan melaklukan ekspresi muka yang jelas dan berbeza pada setiap gambar.

Sungjae

Artikel Lain