suria

Mariah Carey Bakal Muncul Dalam 'Empire'

Mariah Carey bakal membuat kemunculan dalam drama bersiri Empire.
PENYANYI Mariah Carey bakal membuat kemunculan istimewa dalam musim terbaharu drama bersiri paling popular di Amerika Syarikat, Empire.

Daily Mail melaporkan pengesahan itu dibuat sendiri oleh penerbit dan pengarahnya, Lee Daniels ketika menghadiri upacara penyerahan bintang kepada Mariah di Hollywood Walk of Fame, Los Angeles baru-baru ini.

Ketika memberi ucapan alu-aluan kepada Mariah, Lee memberitahu teruja Mariah bakal menyertai drama bersiri itu.

"Saksikan Mariah dalam Empire. Dia bakal menyertai kami," katanya.

Mariah sebelum ini pernah bekerjasama dengan Lee dalam filem Precious (2009) dan Tennessee (2008).

Kali terakhir Mariah membuat kemunculan dalam drama bersiri Ally McBeal pada tahun 2002.

Empire sebelum ini menampilkan barisan artis terkenal sebagai bintang undangan seperti Naomi Campbell, Rita Ora dan Snoop Dogg.

Manakala musim terbaharu Kelly Rowland, Chris Rock dan Marisa Tomei dilaporkan turut bersetuju untuk muncul dalam siri tersebut.

Mariah Carey, Empire.

Artikel Lain