suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Iggy Azalea Mengaku Buat Pembedahan Plastik

Iggy Azalea
PENYANYI rap Iggy Azalea mengakui telah melakukan beberapa pembedahan plastik pada beberapa bahagian tubuhnya termasuk payudara dan hidung agar kelihatan lebih cantik.

Iggy turut menegaskan dia tidak pernah menyangkal sebarang tuduhan khalayak terhadap perubahan penampilannya sejak muncul di dunia hiburan.

"Saya tidak pernah menafikan perkara tersebut kerana ia bukanlah sesuatu yang memalukan. Saya sedia untuk ditemuramah tentang pembedahan plastik yang pernah saya lakukan dan berkongsi dengan orang ramai," ujarnya.

Bagaimanapun, Iggy mengakui dia belum berpuas hati dan masih menganggap dirinya belum sempurna biarpun sudah melakukan beberapa pembedahan.

"Sangat penting untuk kamu ingat bahawa kita tidak boleh mengubah segalanya dan kita tidak akan berasa puas dan sempurna," ujarnya.

Dalam pada itu, Iggy turut menasihatkan agar remaja yang ingin melakukan pembedahan plastik perlu berfikir panjang terhadap kesan baik dan buruknya.
Iggy Azalea

Artikel Lain