suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Filem Si Won (Super Junior) Jadi Pelumba Basikal Ditayang

Choi Si Won

ANGGOTA kumpulan Super Junior iaitu Choi Si Won akan membuat para peminat gembira apabila lakonannya sebagai pelumba basikal menerusi filem To The Fore ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula Khamis.

Menerusi kenyataan media yang dikelaurkan RAM Entertainment, Si Won berkata, dia tidak susah melakonkan wataknya sebagai Zheng Zhi Yuan, memandangkan karakter pelumba basikal seakan-akan persamaan dirinya.

"Memang watak saya dalam filem ini ada beberapa persamaan dengan personaliti sebenar saya yang terlalu berusaha untuk mendapatkan kesempurnaan dalam kerjaya dan hidup," katanya.



Si Won turut meluahkan rasa kagumnya terhadap penunggang basikal profesional mempunyai semangat kegigihan mental dan fizikal yang sangat kuat.

"Berdasarkan penglibatan saya dalam penggambaran filem ini, saya lihat  penunggang basikal profesional adalah sekumpulan ahli sukan yang sangat menakjubkan.

"Mereka mempunyai semangat yang kuat dan terus berusaha memberikan yang terbaik untuk mencapai kemenangan," ujarnya dalam kenyataan itu.

Selain Si Won, To The Fore turut membintangi karya ini ialah Eddie Peng, Shawn Dou dan Luodan Wang.
Si Won

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain