suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Tae Hee Dikutuk Konon Berwajah Hodoh

Kim Tae Hee dihina netizen dan dikatakan mempunyai wajah yang hodoh.
PELAKON Kim Tae Hee menerima kecaman hebat daripada netizen apabila mereka menggelarnya selebriti yang mempunyai wajah buruk.

Lebih menyedihkan mereka mencerca wajah Tae Hee, 35, iaitu kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar selain menuduhnya melakukan pembedahan plastik.

"Dia melakukan pembedahan plastik sedikit demi sedikit, tidak seperti Song Hye Gyo yang berwajah natural," kata salah seorang netizen kepada aktres itu.

Kritikan pedas itu dibuat netizen berkemungkinan besar mereka tidak berpuas hati dengannya yang kini dilaporkan sedang hangat bercinta dengan aktor Rain.

Tae Hee dalam satu temubual baru-baru ini bagaimanapun enggan menjawab sebarang soalan berhubung perkara itu dan ia menambahkan kemarahan peminat.

Bagaimanapun peminat turut tampil menyelar tindakan individu yang mengutuk aktres itu dan melabelkan mereka sebagai cemburu dengan kecantikan semula jadi Tae Hee.

"Adakah anda semua sudah gila? Menganggap Tae Hee hodoh? Ini benar-benar satu jenaka," kata salah seorang peminatnya.
Kim Tae Hee, Rain.

Artikel Lain