suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hwang Chan Sung (2PM) Berlakon Produksi Jepun

Chan Sung bakal membintangi filem di Jepun yang berjudul Wasureyuki.

ANGGOTA kumpulan 2PM iaitu Hwang Chan Sung bakal mengembangkan kerjaya lakonannya di Jepun apabila terpilih untuk memegang watak utama dalam filem terbaharu berjudul Wasureyuki.

Herald Korea melaporkan Chan Sung akan memegang watak sebagai Yoon Tae Oh iaitu seorang lelaki yang jatuh cinta kepada teman lamanya Miyuki, dilakonkan oleh bintang baharu Jepun, Ono Ito.

Filem berkenaan bakal diarahkan oleh Han Sang Hee itu berdasarkan sebuah komik yang pernah terjual sebanyak 700 juta salinan.

Ia mengisahkan mengenai cinta diantara dua sahabat yang kembali terjalin selepas terpisah semasa kecil.

"Dengan kecemerlangan Chan Sung di Korea Selatan menerusi beberapa drama dan filem, kami yakin dia akan mendapat tempat dihati penonton di Jepun," kata wakil pihak pengurusannya.

Selain aktif menyanyi, Chan Sung pernah popular menerusi drama bersiri Unstoppable High Kick pada tahun 2006 dan sejak itu dia banyak muncul dalam pelbagai projek seperti Dream High dan Seventh Grade Civil Servant.

Hwang Chan Sung, Wasureyuki, 2PM.

Artikel Lain