suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zayn Malik (One Direction) Curang Di Phuket

One Direction dari kiri; Niall Horan, Harry Styles, Liam Payne, Zayn Malik dan Louis Tomlinson.
ANGGOTA kumpulan One Direction, Zayn Malik menimbulkan kemarahan peminat kerana dikatakan curang selepas tersebar gambar kemesraannya dengan seorang wanita berambut perang di Phuket, Thailand.

Zayn, 22, sudah bertunang dengan Perrie Edwards.

Menurut hollywoodLife.com, rahsia berkenaan terbongkar apabila wanita misteri yang dikenali sebagai Lauren Rich itu telah berkongsi  gambarnya bersama Zayn di Instagram ketika mereka berada dalam sebuah kelab di Phuket.

Gambar berkenaan memaparkan Zayn memegang tangan wanita itu dari belakang dalam keadaan perut terdedah.

Malah Lauren turut menulis kapsyen dia bersosial dengan Zayn di Patong, sebuah pantai terkenal di pusat peranginan itu.

Dalam pada itu tersebar gosip terbaharu kononnya Zayn telah memutuskan pertunangannya dengan Perrie, 21, kira-kira dua minggu lalu apabila wanita itu dilihat tidak lagi memakai cincin berlian di jarinya.

Bagaimanapun cincin pertunangan itu dipakai Perrie semula pada minggu lalu.
Zayn Malik

Artikel Lain