suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nicholas Brendon Dedah Pernah Jadi Mangsa Penderaan Seksual

Nicholas mendedahkan dia pernah menjadi mangsa penderaan seksual ketika kecil.

PELAKON Nicholas Brendon mendedahkan pernah menjadi mangsa penderaan seksual ketika dia masih kecil.

Nicholas, 43, dalam satu pengakuan eksklusif kepada TMZ menerusi sidang Skype memberitahu kejadian itu telah menyebabkan dia mengalami gangguan emosi dan berada dalam keadaan depresi untuk jangka masa panjang.

"Saya mangsa penderaan seksual ketika kecil dan ia adalah antara perkara paling memalukan pernah berlaku kepada saya.

"Untuk bercakap mengenainya juga sangat sukar kerana ia meninggalkan kesan mendalam kepada saya," katanya.

Enggan bercakap lanjut mengenai penderaan itu, Nicholas bagaimanapun memberitahu lelaki yang bertanggungjawab ke atas kejadian itu telah pun ditangkap dan dikenakan hukuman penjara selama lima tahun.

"Saya menjadi tertekan kerana kejadian itu dan mengharungi pengalaman buruk itu dengan cara yang salah," ujarnya.

Pengakuan bintang siri Buffy the Vampire Slayer itu dibuat selepas dia ditahan buat kali ketiga dalam masa lima bulan selepas didapati berkelakuan diluar kawalan ditempat awan selain merosakkan perabot di sebuah bilik hotel di Tallahassee, Florida.

Nicholas Brendon.

Artikel Lain