suria

Park Jung Ah Pilih Pemain Golf Sebagai Teman Lelaki

Park Jung Ah mengesahkan dia kini sedang menjalinkan hubungan dengan pemain golf profesional, Jeon Sang Woo.

PIHAK syarikat pengurusan aktres Park Jung Ah mengesahkan wanita tersebut sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pemain golf profesional Korea, Jeon Sang Woo.

Herald Korea melaporkan, WM Company mengesahkan dalam satu kenyataan pasangan itu bercinta sejak tiga bulan lalu.

"Jung Ah dan Sang Woo telah bercinta sejak tiga bulan lalu," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, pihak syarikat pengurusan selebriti itu menegaskan Jung Ah, 34, dan Sang Woo, 36, masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan mereka belum merancang untuk berkahwin pada masa terdekat.

Menurut beberapa laporan media tempatan, pasangan itu bertemu ketika menghadiri sebuah majlis kira-kira lima bulan lalu.

Hubungan kedua-dua mereka mula rapat semenjak Jung Ah memasuki kelas golf.

PArk Jung Ah.

Artikel Lain