suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Jang Hoon Didenda Kerana Merokok Dalam Pesawat

Kim Jang Hoon dikenakan denda selepas didapati merokok dalam pesawat.

PENYANYI Kim Jang Hoon dikenakan denda selepas ditangkap menghisap rokok dalam pesawat ketika dalam perjalanan dari Seoul, Korea Selatan ke Paris pada Disember tahun lalu.

Herald Korea melaporkan Jang Hoon, 50, dikenakan denda sebanyak 1 juta Won (RM3,000) kerana melanggar undang-undang keselamatan yang telah ditetapkan.

Ketika kejadian Jang Hoon didapati merokok ketika berada di dalam tandas pesawat Korean Air dan memberikan alasan tertekan dan panik selepas persembahannya dibatalkan.

"Tiada alasan untuk perbuatan saya itu. Saya benar-benar minta maaf," katanya menerusi laman Facebook miliknya.

Penyanyi itu sebelum ini terkenal dengan sikap bermurah hati selain sering terlibat dalam kerja-kerja amal melibatkan golongan fakir dan kanak-kanak.

Kim Jang Hoon.

Artikel Lain