suria

Shakira Hamil Anak Kedua

Shakira hamil anak kedua selepas lebih setahun melahirkan anak sulung.

SELEPAS lebih setahun melahirkan anak sulung bernama Milan, penyanyi Shakira bakal menimang anak kedua pula.

Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Shakira ketika ditemubual oleh majalah Cosmopolitan  Sepanyol. 

Isteri kepada pemain bola sepak Gerard Pique turut mengumumkan berita gembira itu di akaun Twitter miliknya.

Shakira bahagia disamping suami dan anaknya.

"Ya benar, saya kini sedang hamil. Kami sedang menantikan anak kedua nampaknya. Terima kasih atas doa yang diberi," katanya.

Shakira dan Brad pertama kali menjalinkan hubungan pada tahun 2010 ketika sama-sama sibuk dengan persiapan Piala Dunia 2010. Shakira merupakan penyanyi lagu rasmi acara tersebut manakala Gerard turut serta pada perlawanan berkenaan.

Selepas beberapa tahun menjalinkan hubungan cinta, akhirnya Shakira melahirkan anak pertama mereka 18 bulan lalu.
Shakira, Gerard Pique

Artikel Berikut

Artikel Lain