suria

Kyu Hyun Jadi Pengawal Keselamatan

SALAH seorang ahli kumpulan Super Junior iaitu Kyu Hyun bakal beraksi dalam sebuah teater muzikal berjudul The Days. Kyu Hyun akan memainkan watak sebagai pegawai keselamatan di istana Mooyeong atau lebih dikenali sebagai Blue House.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh syarikat pengurusannya, Insight Entertainment pada 27 Ogos lalu.

Ini bukan kali pertama penyanyi ini terlibat dalam teater muzikal. Sebelum ini, dia turut membintangi The Three Musketeers, Catch Me If You Can, The Moon That Embraces The Sun dan Singin In The Rain.

Sebelum memilih Kyu Hyun, pelakon Ji Chang Wook juga antara nama yang disenarai pendek memeggang watak tersebut.

Persembahan teater ini akan berlangsung pada 21 Oktober depan di Daehango Musical Center, Seoul, Korea Selatan.

Kyu Hyun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain