suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Woo Bin Cedera Di Lokasi Penggambaran

Kim Woo Bin.
PELAKON Kim Woo Bin dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di bahagian lutut kirinya semasa sedang menjalani penggambaran filem terbaharunya berjudul Twenty.

Soompi melaporkan Woo Bin dibawa ke Hospital Universiti Jungbuk di Jeonju dan doktor mengesahkan ligamennya terkoyak manakala tulang rawan pelakon itu retak.

Woo Bin bagaimanapun terpaksa ditahan selama beberapa hari di wad bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Biarpun kecederaannya tidak serius namun ia tetap berbahaya kerana ia mampu mempengaruhi kemampuan seseorang itu berjalan dengan baik," kata wakil syarikat pengurusannya kepada media.

Perlu menjalani rawatan fisioterapi, Woo Bin membatalkan beberapa aktivitinya termasuk Festival Filem Jeonju selain penggambaran Twenty ditangguhkan buat sementara waktu.
Kim Woo Bin, Twenty.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain