suria

Taemin (Shinee) Mudah Menangis

Taemin mudah terharu melihat sokongan peminat-peminatnya.
WALAUPUN Taemin (Shinee) sering menunjukkan tubuh sasanya apabila tambil membuat persembahan, lelaki ini mengakui hatinya mudah tersentuh sehingga membuatkan dia menangis.

Menurut laporan Allkpop, Taemin berkata, antara sebab dia mudah menangis apabila melihat peminat-peminatnya yang begitu teruja menyokongnya bersama ahli kumpulan Shinee.

"Memang sampai sekarang saya suka menangis. Hati saya mudah tersentuh dengan macam-macam benda.

"Lebih-lebih lagi saya bertambah emosi apabila bertemu para peminat. Mereka sering memberikan kata-kata positif kepada saya," katanya.

Tambah Taemin, ketulusan mereka membuatkan hatinya berasa bahagia dan bersyukur kerana mempunyai sekumpulan peminat yang menyayanginya.
Taemin

Artikel Lain