suria

Kim Hyun Joong Tangguh Sertai Latihan Tentera

Kim Hyung Joong.
PELAKON dan penyanyi Kim Hyun Joong mengambil keputusan untuk menangguhkan latihan wajib ketenteraan di negaranya, Korea Selatan yang sepatutnya bermula 10 Oktober depan.

Portal Soompi melaporkan Hyun Joong telah pun membuat permohonan penangguhan itu dan akan menyertai latihan selama dua tahun pada tahun hadapan.

Hyun Joong dilaporkan tidak dapat menyertai latihan tersebut ekoran konsert jelajah dunianya sedang berlangsung sehingga akhir September ini sebelum memasuki set penggambaran sebuah drama bersiri yang dijangka berakhir penghujung Disember depan.

Bagaimanapun pihak pengurusan artis tersebut iaitu KeyEast Entertainment menjelaskan tidak mengetahui mengenai keputusan Hyun Joong itu dan hanya dimaklumkan menerusi laporan media.

"Kami masih menunggu jawapan daripada Hyun Joong sendiri mengenai perkara itu kerana tidak dimaklumkan mengenainya," kata wakil syarikat berkenaan.
Kim Hyun Joong, Kpop.

Artikel Berikut

Artikel Lain