suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jennifer Lopez Putus Cinta Kerana Kekasih Punyai Skandal Maknyah

PENYANYI Jennifer Lopez dikhabarkan sudah putus cinta dengan kekasihnya Casper Smart setelah mengetahui lelaki itu curang dengan seorang model transgender (maknyah).

Penyanyi lagu On the Floor itu membuka mulut dalam satu program wawancara iaitu Watch What Happens Live.

Jennifer ditanya oleh pengacara program tersebut Andy Cohen tentang baik buruk bercinta dengan seorang penari.

"Saya pernah bercinta dengan dua orang penari, pertama saya berkahwin dengan Cris Judd dan bagi saya dia adalah seorang lelaki luar biasa yang saya cintai.

"Kemudian dengan Beau (Casper Smart), kami baru sahaja putus, namun bagi saya dia seorang kawan yang sangat baik," katanya.

Ini merupakan kenyataan pertama daripada Jennifer sendiri yang mengesahkan tentang khabar angin hubungan tersebut sudah berakhir.

Casper Smart didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang model maknyah.

Jennifer Lopez, Casper Smart

Artikel Lain