suria

Populariti Robert Pattinson Mula Merudum

Populariti Robert semakin pudar sejak sekual filem Twilight tamat.
POPULARITI pelakon filem Twilight iaitu Robert Pattinson dilaporkan semakin menurun apabila angka angka carian namanya dalam data Google tidak stabil sejak akhir-akhir ini.

Menurut laporan Daily Mail, graf carian nama pelakon berusia 28 tahun itu menjunam secara mendadak sejak sekual filem Twilight berakhir dan ia dijangka akan memberi kesan kepada kerjaya lakonan Robert. 

Puncak populariti Robert memuncak sekitar tahun 2012 hingga 2013 berbanding ketika dia mula-mula terlibat sebagai pelakon dalam filem Harry Potter di antara tahun 2004 hingga 2008 yang mana graf tersebut mendatar.

Tidak hanya pada laporan grafik di Google, sambutan terhadap filem-filem Robert selepas Twilight juga mengecewakan biarpun namanya mempunyai pengikut tersendiri.

Robert Pattinson, Google, Twilight.

Artikel Lain