suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Julia Roberts Buka Mulut Tentang Kematian Adik Tiri

Julia Roberts masih bersedih atas kematian adik tirinya.
SETELAH sekian lama berdiam diri mengenai kematian adik tirinya, Nancy Motes, pelakon Julis Robert akhirnya membuka mulut berhubung perkara itu.

Dalam satu temu ramah dengan majalah WSJ, Julia memberitahu perkara tersebut merupakan kejadian yang sangat berat untuk dia dan keluarga.

Dia turut menitiskan air mata ketika menceritakan peritiwa itu.

"Kejadian itu sangat menyedihkan dan tiada satu kata yang dapat menjelaskan apa yang kami alami selama hari ini," katanya.

Nancy Motes meninggal dunia pada 10 Februari lalu dan mayat ditemui di kediamannya di Los Angeles kerana pengambilan dadah berlebihan.

"Kita tidak mahu perkara buruk berlaku kepada sesiapa sekali pun, lebih-lebih lagi dalam keluarga sendiri," katanya.

Bagaimanapun, dikhabarkan hubungan antara aktres ini dengan adik tirinya tidak begitu baik.

Malah pelakon ini turut dikatakan menjadi punca adik tirinya membunuh diri.

Julia Roberts

Artikel Lain