suria

Han Ga In Hamil Selepas 10 Tahun Kahwin

Yeon Jung Hoon dan Han Ga In mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata selepas 10 tahun berkahwin.
SELEPAS 10 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti terkenal Korea Selatan iaitu Yeon Jung Hoon dan Han Ga In mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata.

Portal KDramaStars melaporkan Jung Hoon begitu gembira apabila doktor mengesahkan isterinya hamil selepas sekian lama mereka cuba mendapatkan anak.

Bagaimanapun pasangan tersebut hanya mendedahkan perkara itu kepada keluarga dan rakan terdekat bagi menghormati insiden feri yang karam minggu lalu.

Khabar kehamilan akters itu turut disahkan oleh syarikat pengurusan Ga In kepada media sejurus berita itu tersebar.

"Tahniah kepada pasangan berkenaan bagaimanapun kami tidak dapat mengesahkan berapakah usia kandungan Ga In buat masa ini," tutur wakil Ga In baru-baru ini.

Yeon Jung Hoon dan Han Ga In berkenalan ketika sama-sama membintangi drama Yellow Handkerchief pada tahun 2003 dan mengambil keputusan untuk berkahwin dua tahun kemudian.
Han Ga In, Yeon Jung Hoon.

Artikel Lain