suria

Salman Khan Nafi Cemburukan Akshay Kumar

Salman Khan nafi khabar angin cemburukan Akshay Kumar.

AKTOR Bollywood Salman Khan pernah dilaporkan meninggalkan lokasi penggambaran ketika bergandingan dengan pelakon Akshay Kumar.

Kru produksi memberitahu bahawa Salman cemburu dengan kemudahan penggambaran yang digunakan oleh Akshay.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Salman menafikan perkara tersebut dan menganggap aktor tersebut tidak berasa iri hati dan cemburu terhadap Akshay sepanjang penggambaran berlangsung.

"Salman dan Akshay baik-baik sahaja, ketika penggambaran lalu, Salman terpaksa bergegas ke sesi fotografi bersama Arjun Kapoor untuk filem 2 States," ujar sumber yang dipetik daripada oneindia.in.

Ramai yang salah faham dengan situasi ketika penggambaran berlangsung dan menganggap Salman bermasam muka dengan Akshay.

Salman Khan, Akshay Kumar, Bollywood

Artikel Lain