suria

Adele Berdiet Ketat Untuk Kurus

Adele pernah berkata dia selesa dengan saiz badannya yang besar.

SEBELUM ini, Adele merupakan antara penyanyi Hollywood yang tidak mahu menurunkan berat badannya. Malah pernah berkata hanya akan menurunkan berat badan sekiranya ia mula membahayakan kesihatannya.

Bagaimanapun Sabtu lalu menerusi Twitter milik Adele, dia telah memuat naik fotonya sedang minum teh dan wajahnya dilihat jauh lebih kurus berbanding sebelum ini.

waeq
Adele memuat naik foto dia sedang berdiet di Twitter.
Dalam pada itu, Adele yang sebelum ini sering tampil di khalayak dengan gaya yang anggun, namun foto Twitter  yang dimuat naik menunjukkan wajahnya tanpa solekan.

Selain itu, Adele yang biasanya tidak suka foto keluarga menjadi tatapan ramai turut memuat naik foto anaknya yang kini berusia lima tahun.

Adele, Penyanyi, Diet

Artikel Lain